Tempah di sini, Biar Kami bantu Anda terus menghantar ke depan pintu anda!

Nama:
Email :
Alamat :
Nama barang mahu ditempah dan bilangannya : Contoh : Halagel Olive Oil softgel 120 biji - 1 unit Minsyam Habbatusauda oil kapsul - 1 kotak
Pertanyaan lain :

This HTML form was created by Freedback.

Thursday, June 6, 2013

Amalan pemakanan berkhasiat dan sunnah ibu mengandung

Assalammualakum.

"Makanan yang bersih dan suci menjadi darah daging anak di dalam kandungan" - Buku amalan mengandung Ustazah siti Nor Bahyah


Dua aspek pemakanan yang perlu dijaga,kesucian (halal) dan mutu (zat).Bila tahu dah pregnant, terus niat nak makan yang sihat.No fast food! (konon! tapi akhirnya tak dapat menahan nafsu juga) Beberapa kali kecundang juga! HAHAHA. No coffee anymore.Sad.Kadang bila teringin sangat-sangat ,baru minum.

Kemudian,sibuk lah study balik.pemakanan sihat bagai untuk baby.Di trimester pertama kena banyakkan nutrisi folate.Antara makanan yang tinggi dengan asid folik ialah sayuran-sayuran hijau seperti bayam,brokoli,asparagus dan lain-lain.Ummi paling suka bayam masak air! sedapnyaaa! Selain itu,bijrin,cereal yang diperkaya,roti serat tinggi,pasta,jus orange,lentil,sunflower seeds,kekacang dan lain-lain.sumber 10 foods high in folic acid,link di sini babyzone.

Folate sangat penting untuk pertumbuhan bayi di dalam kandungan.Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar.

Di awal trimester pertama, saya amalkan minum susu kambing, ambil suplement dari doktor iaitu asid folik,calcium termasuk juga ubat tahan muntah.Huhu.Selain itu,ambil juga tambahan suplement iaitu multivitamin.

Supplement semua ini untuk tambahan sahaja,yang penting pemakanan kita yang seimbang.Khasiat dari 'real food' itu sendiri.Tapi yang agak merisaukan pada awal terimester,morning sickeness yang teruk.Jadi apa yang di makan,kebanyakannya akan keluar balik.Jadi,harap juga supplement dapat topup khasiat untuk bayi.

Trimester kedua dan ketiga.

Masa trimester pertama,saya dan baby lebih banyak ayam dan daging.Semasa trimester kedua dan ketiga ini lebih gemar mengambil lauk ikan.

Ikan yang mengandungi omega 3 yang tinggi bagus untuk perkembangan otak bayi.Antara jenis ikan ialah (tenggiri,sardin,salmon,keli,kembung,tuna,tongkol,ikan parang).Kalau ikan sardin,tenggiri atau kembung goreng rangup je pun dah sedap makan dengan nasi panas-panas.Sangat berselera! Kalau cecah dengan kicap dan cili padi potong-potong lagi perghhh! Kalau ikan salmon ummi suka grill atau panggang.Koleksi resepi ada si sini. Sedapnya! Boleh rujuk 15 foods high in Omega 3 disini.

Selain itu,ummi ambil juga suplement tambahan omega 3 fish oil.Gynae juga ada sarankan selain Obical (Obimin + Calcium) dan C complex.

Makanan sunnah lain adalah minyak zaitun.Saya baru start minum minum zaitun.Ada aunty sarankan,bagus minum banyak khasiat dan mudahkan bersalin Insy.Selalu guna dalam masakan je.Ok,tawakal.telan jelah.

Dari Abi Asaid bin Tsabit bahawa Rasulullah bersabda, ” Makanlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak. Sungguh, ia berasal dari pokok yang diberkati.” (HR. At-Tirmidzi. Hadis hasan li ghairihi)

Minyak zaitun sudah diketahui khasiat dan manfaat, Gunakan minyak zaitun semasa hamil, semasa pantang dan selepas pantang. Ketika pantang boleh menggunakan minyak zaitu untuk memasak menu sihat seperti sup sayur, sup ikan haruan, nasi goreng herba dan sebagainya.

Sekarang dah mudah.telan saja kapsul minsyam olive oil.InsyaAllah dapat banyak khasiat untuk bayi & ibu :)

Susu kambing adalah minuman sunnah dan susu terbaik selepas susu ibu.Saya memang amalkan dari first pregnancy lagi.Susu kambing dikatakan dapat mengurangkan risiko bayi dari demam kuning.Alhamdulillah,Aufa dan Adam tidak kena demam kuning selepas lahir.

Susu kambing ini juga bagus dan boleh diamalkan semasa hamil, semasa pantang dan juga selepas pantang. Ia boleh diselang seli dengan minuman air halia, dan air halia kurma.Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan.

Makanan sunnah lain seperti kurma,kismis,buah tin,kekacang.Abi mesti ingatkan ummi.Hari-hari wajib makan ini.Sayang abi kat adik baby tau! Umminya je asyik lalai dan lupa.kadang-kadang lupa nak makan.So sorry baby.
Kekacang – Makanan ini banyak mengandungi mineral yang penting seperti magnesium, selenium, kalsium dan kalium yang membantu ibu hamil daripada kekejangan anggota badan.
Kurma, Kismis dan Madu – Makanan yang berasaskan sunnah ini kaya dengan zat dan vitamin yang tinggi bagi memberi tenaga yang optimum kepada ibu hamil. Ianya mampu melancarkan perjalanan darah dan kebaikkan kepada tumbesaran minda bayi dalam kandungan
Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.(AMIN!!!)


Buah yang wajib ummi makan ketika hamil ialah buah delima.Buah delima amatdi syorkan untuk wanita hamil.Kalau beli sebiji agak mahal harganya, ikut saiz, sebiji dalam rm5-rm7 camtu.Suka kopek sebiji-sebiji si delima ni.Selain itu,kita juga boleh mengambil jus delima atau pati delima.Jus delima memang Abi akan ingatkan ummi.Minum air delima,air delima,air delima.Hehe.Rasanya memang masam-masam,sedikit kelat.

Dari sumber internet,buah delima ni banyak sangat khasiatnya.Ia dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kerosakan otak disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah dalam darah.Jus delima juga merupakan salah satu sumber asid folik yang diperlukan kandungan.

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Bagi ibu mengandung ia amat sesuai kerana buah ni mengandungi jumlah potassium yang besar, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga pergerakan jantung agar tetap normal (especially bagi ibu dan perkembangan fetusnya).

Khasiat lain buah/jus delima kepada ibu mengandung ialah Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur(kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema (macam bengkak kaki ketika hamil), dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy). sumber info : majalah.com

Pati atau jus delima ni boleh buat smoothies.Jus delima campur,susu kambing,kismis,kurma dan buah tin.Amalkan tiap pagi :)

Vco catalyst bagus untuk ibu hamil.Ia membekalkan tenaga,membuat kita kelihatan lebih ceria dan insya allah memudahkan bersalin.(Pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua utk memudahkan proses kelahiran.) Ia juga boleh mengelakkan jaundice kepada baby. Masalah perut berparut atau strechmark dapat dikurangkan dengan menyapu vco.

Kita usaha,Kita doa,Kita tawakal.InsyaAllah Allah beri segala kebaikan dan kesihatan.
Sekian perkongsian kali ini.Sharing is caring.Take care all!

Set makanan sunnah ibu hamil dan supllement sihat lain boleh Dapatkan secara online.











emel saya, raudhah69@gmail.com atau whatsapp 013-2642323 untuk pembelian.dan kami akan menghantar ke lokasi anda.

Lawati Facebook :







madu khaula asli 100%


pati delima gulsan RM25


susu kambing hi goat


minyak zaitun terlalu banyak khasiat utk ibu & bayi


melancarkan proses kelahiran


sapu di strechmark perut ibu dari sumber asli,


omega 3 baik untuk perkembangan otak bayi

Aura white chocolate mengandungi banyak nutrient untuk ibu mengandung

jus kurma menambah tenaga ibu mengandung &amalan sunnah yg memudahkan terus minum jusnya.

No comments:

Post a Comment

Tempah Sekarang.Biar kami bantu anda, menghantar terus ke depan pintu rumah/pejabat anda!

Nama:
Email :
Alamat :
Nama barang mahu ditempah dan bilangannya : Contoh : Halagel Olive Oil softgel 120 biji - 1 unit Minsyam Habbatusauda oil kapsul - 1 kotak
Pertanyaan lain :

This HTML form was created by Freedback.